Assalamualaikum
Topik arini agak luarbiasa pada sesetengah orang tetapi pada mia ianya sangat biasa terjadi. Senggugut atau period pain adalah masalah utama sesetengah kaum wanita. Baik anak dara sehingga yang dewasa, sengugut ini biasanya berlaku ketika datangnya haid pada hari pertama atau hari yang kedua. Eh? kenapa aku sentuh topik nih pulak? Bukannya apa, aku cuma nak share benda yang aku alami setiap bulan.Mungkin ramai jugak yang mengalami benda yang sama kan...? Dianggarkan 10 hingga 20 peratus wanita mengalami gejala senggugut sewaktu dalam peringkat subur. Walaupun ia biasanya berlaku di kalangan wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun, senggugut boleh dialami wanita bermula dari kali pertama mendapat haid hinggalah menopaus, tidak kira sama ada mempunyai anak atau tidak.
Pelbagai mitos dan tanggapan diperkatakan tentang period pain kan?. Ada yang cakap sebab period pain buatkan wanita tidak subur, susah nak hamil dan macam-macam lagilah.....
Mengapa ada wanita yang ada senggugut dan ada yang tidak??
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea (period pain). Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Setelah di Google sebenarnya, ada dua bentuk senggugut iaitu
1.senggugut primer
》Senggugut primer adalah senggugut yang berlaku sejak mula wanita itu didatangi haid.
2.senggugut skunder
》sebab terjadinya period adalah berpunca daripada urat-urat darah vena yang banyak bengkak dan membesar di sekeliling pangkal rahim.
Jadi kemungkinan masalah pembengkakan urat-urat darah ini ketika haid berlaku menyebabkan sakit senggugut. Ini kita umpamakan seperti penyakit migrain yang mana urat-urat darah dalam kepala menyebabkan kita mengalami migrain.
Gejala paling umum ketika senggugut ialah.
■ Kesakitan pelvik yang teruk ketika kitaran haid (sama ada sebelum, semasa atau selepas haid). Ada kala kesakitan menjadi lebih teruk pada penghujung haid.
■Sakit ketika mengadakan hubungan seks.
■Sakit dalam usus ketika haid.
■Sakit ketika buang air kecil.
■Abdomen (perut) kembung ketika haid.
■Pendarahan yang banyak atau tidak menentu.
■Kelesuan (akibat pendarahan terlalu banyak).
■ Cirit-birit atau sembelit.
Namun begitu, senggugut primer juga tidak dikaitkan dengan masalah kesuburan. Ini bermakna anda tidak perlu takut kerana ia tidak menjejaskan anda untuk untuk hamil selagi anda mempunyai haid yang teratur dan sempurna setiap bulan. Yang penting anda perlu menjaga berat badan bila berkahwin nanti.
Bagi rawatan atau cara untuk cure mia tak berapa arif, ada setengah orang memang tahap kritikal yang sampai kena jumpa gynae (Pakar O&G), tapi untuk sesetengah oranng, cuma makan ponstan atau paracetamol.Kesimpulanya....paracetamol atau ponstan hanya untuk tahan sakit saja...
Kalau di fikirkan sampai bila mahu menelan ubat tersebut setiap bulan..jika ada kaedah yang lain???
Premiumbeautiful ni dapat mengatasi masalah anda semua...ia juga sangat jimat berbanding anda beli ubat tiap2 bulan....